Search This Blog

Dosa Halang Cahaya Ilmu



Banyak melakukan dosa membuatkan hati seseorang itu rosak kerana bercampur antara baik dan buruk. Maka jadilah hati seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
"(Hati yang) tidak lagi menganggap baik perkara yang baik dan tidak menganggap buruk perkara yang buruk, melainkan apa yang disukai oleh hawa nafsunya".

Orang yang banyak melakukan dosa semakin renggang hubungannya dengan Allah dan orang mukmin lain. Ini kerana apabila seseorang itu patuh kepada perintah Allah, ia dekat kepadaNya. Orang yang sentiasa melakukan dosa selalu memandang perbuatan dosa itu sebagai perkara kecil. Dalam hal ini, Ibnu Masud berkata:

"Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti sebuah bukit yang dibimbangi akan menimpanya. Manakala, seorang yang selalu melakukan dosa akan memandang dosa itu seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya".

Dosa yang dilakukan itu akan membawa kehinaan, manakala ketaatan pula dapat melahirkan kemuliaan kepada pelakunya. Dalam hal ini Allah berfirman yang maksudnya:

"Sesiapa inginkan kemuliaan, maka sesungguhnya segala kemuliaan itu kepunyaan Allah jua".
Orang yang melakukan dosa berasa sempit dadanya, manakala mereka yang taat lapang dadanya. Allah berfirman yang bermaksud:

"Maka sesiapa yang Allah hendak beri hidayat nescaya Allah memberi kelapangan dadanya untuk menerima (ajaran) Islam. Sesiapa yang Allah hendak menyesatkan nescaya Allah sempitkan dadanya dan dalam kesukaran seolah-olah ia memanjat langit (kerana tidak cukup oksigen)".
Dosa boleh menggelapkan hati sebagaimana amalan kebajikan itu boleh menyinarinya.

Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya".
Dosa boleh menghalang seseorang itu daripada mendapat cahaya ilmu. Satu ketika, Imam Malik terpegun melihat Imam Syafie (masih remaja ketika itu) kerana kepandaian dan kecerdikannya, lantas beliau berkata:

"Sesungguhnya aku melihat Allah mencampakkan ke dalam hati kamu cahaya, maka jangan kamu padamkan cahaya iu dengan kegelapan maksiat".
Dosa boleh menyebabkan seseorang itu malas untuk membuat ketaatan. Seseorang pernah berkata kepada Ibnu Masud: "Kami tidak mampu untuk bangun malam (untuk beribadat)". Jawab Ibnu Masud: "Dosa kamu menjauhkan kamu (daripada ibadat di waktu malam)".

Oleh yang demikian, hampirilah kebajikan yang akan memberi cahaya kepada hati dan jauhilah kejahatan yang boleh menggelapkan hati seterusnya menghalang cahaya ilmu.

(Dipetik dari buku Bimbingan Semasa oleh Mohd Fauzi Mu
staffa Al-Besuty.)

KEBINASAAN DENGAN JAWATAN



Jawatan satu amanah, bukan anugerah. Jika kita ingin melihat sejauhmana benarnya kata-kata pemimpin yang amanah, lihat harta, sikap dan ibadah khususnya selepas menyandang jawatan. Kalau hartanya semakin susut (atau hanya bertambah sedikit berdasarkan keperluan), kalau akhlaknya semakin halus dan menarik, kalau ibadah khususnya (solat malam, baca Al Quran, doa, munajatnya) semakin lebat… Ya itu petanda dia memperalatkan jawatannya untuk melaksanakan amanah. Tetapi jika sebaliknya, itu petanda ia telah “diperalatkan” oleh jawatan yang dianggapnya satu anugerah.
Bila satu jawatan atau tugasan diberikan kepada seseorang yang bukan ahlinya, tunggulah saat kebinasaannya. Begitu, antara lain maksud hadis Rasulullah SAW. Hati kita tertanya-tanya, siapakah yang bukan ‘ahlinya’ itu dan apakah pula kebinasaan yang bakal berlaku? Persoalan ini menjadi suatu yang sangat kritikal untuk ditangani justeru sedang berlaku kini pelbagai kebinasaan, sama ada yang berbentuk rohani mahupun fizikal.

Keruntuhan akhlak bukan sesuatu yang dapat dinafikan lagi. Begitu juga dengan ‘keruntuhan’ tanah, jambatan, lebuh raya dan kebocoran syiling atau atap bangunan yang hebat-hebat. Secara mudah, kita boleh katakan inilah kebinasaan yang telah terjadi dan sekali gus ini juga sebagai petanda semakin ramai yang ‘bukan ahli’ sedang memegang jawatan atau tugasan penting dalam masyarakat.

Ketika mencadangkan agar nabi Musa AS diterima bekerja dalam keluarga mereka, seorang anak gadis nabi Syuaib AS telah meletakkan dua ciri utama sebagai pertimbangan atas usulnya itu – kekuatan (Al Qawwi) dan amanah (amanah). Hal ini diabadikan oleh Allah menerusi firman-Nya:
“Sesungguhnya orang yang paling baik untuk diberikan kerja ialah orang yang kuat lagi amanah.” Al Qasas 26.

Kekuatan dalam konteks terkini ialah berilmu dan mempunyai kepakaran dalam bidang kerja yang berkenaan. Manakala amanah pula ialah soal keikhlasan, kejujuran dan ketelusan dalam melaksanakan pekerjaan atau tugasan. Individu yang mempunyai kedua-dua ciri inilah yang dikatakan ‘ahli’ dalam pekerjaan tersebut.

Apabila lebuh raya retak, syiling bangunan bocor atau tanah runtuh, itu menunjukkan sama ada pengusaha, jurutera, arkitek atau juru ukur bahan bagi projek tersebut tidak mempunyai sifat al qawwi yakni kurang ilmu atau kepakaran dalam melaksanakan kerja mereka. Atau boleh jadi, mereka memang pakar dan berilmu, tetapi mereka bukan al amin kerana kurang amanah bila melakukan rasuah atau penyelewengan secara senyap-senyap. Mereka ini hakikatnya bukan ‘ahli’ untuk projek tersebut.

Sejak dari dahulu lagi usaha melahirkan orang yang jujur lebih sukar berbanding melahirkan orang yang bijak. Kebijaksanaan boleh diukur dengan ijazah dan kelulusan, tetapi sikap amanah adalah soal dalaman yang begitu maknawi sifatnya. Namun hanya jauhari mengenal manikam. Justeru, para pemimpin, guru, majikan, ketua dan ibu-bapa mestilah menjadi ‘jauhari’ yang mengenal sifat al amin dan al qawwi orang bawahannya.

by ustaz pahrol/genta-rasa

MEMBAIKI DUNIA MELALUI HATI INDIVIDU


Kerosakan masyarakat hari ini antaranya disebabkan penyakit hati yang sentiasa bersarang di dalam tubuh badan manusia.Antara penyakit hati yang teruk ialah hasad dengki,dendam,iri hati,tamak haloba,memuja wang dan harta benda,pentingkan diri,gila dunia,ego,gila kemasyhuran,gila hiburan dan seks,fahaman tidak bertuhan,penakut,kecewa,merasa hina diri dan sebagainya.

Hati seseorang itu akan mengarahkan anggota panca inderanya untuk bertindak untuk mencapai matlamatnya walaupun terpaksa melampaui batas kemanusiaan dan undang-undang.Yang malangnya jika tindakan itu semata-mata untuk memuaskan hawa nafsunya.

Pokok kepada ubat penyakit hati ini ialah kembali kepada ajaran Allah SWT melalui agama samawi yang diturunkannya.Allah mencipta manusia dan Allah mahu mereka hidup aman dan damai.Berlainan dengan sifat semulajadi malaikat yang sentiasa taat dan patuh kepada Allah SWT.Manusia Allah bekalkan keupayaan untuk bertindak sebagai khalifah di dalam mentadbir muka bumi ini.Manusia mempunyai keupayaan sendiri yang akan menentukan tindakan,kejayaan dan nasib mereka.

Semua agama mahukan hati penganutnya bersih.Semua agama mahukan keamanan.Tetapi manusia sendirilah yang mengingkari ajaran agama mereka.

Proses membaiki hati ini bertersan sehingga hari kiamat.Jika setiap individu itu baik,maka keluarga mereka akan baik dan seterusnya masyarakat mereka akan baik.

Dalam Islam kita dibekalkan dengan ilmu tasawuf atau ilmu akhlak,untuk membaiki hati.Ilmu-ilmu yang dicipta oleh manusia sekalipun boleh membantu membaiki akhlak manusia seperti ilmu moral,sosiologi,psikologi,antrhopologi dan sebagainya kerana semua manusia mahu kembali kepada fitrahnya yang sukakan keamanan dan kedamaian.

oleh:Ustzh Siti Nor Bahyah Mahamood

MUHASABAH CINTA

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Kubur: Permulaan Taman Syurga dan Kawah Neraka.


Hati yang keras umpama karat yang melekat pada besi, jika karat itu nipis memadailah hanya digosok dengan kertas pasir untuk menanggalkannya. Sebagaimana dijelaskan dalam tulisan yang terdahulu, bahawa, dengan menghadiri majlis ilmu, mendekati ulama dan juga menziarah orang sakit atau orang mati, ia akan melembutkan hati.

Kerana mendekati majlis ilmu bererti seseorang itu berusaha mengikis kejahilan, sementara mendampingi ulama pula bererti berusaha mendapatkan kunci ilmu, dan ziarah orang sakit atau orang mati itu akan mendatangkan kesedaran dalam jiwa.

Jika dengan tiga cara itu juga tidak mendatangkan sebarang kesan, ini bererti karat yang melekat di dalam hati sudaah terlalu menebal. Karat yang sudah terlalu tebal tidak mungkin dapat dihilangkan hanya dengan menggosok sahaja, mungkin perlu diketuk dengan kuat ataupun dibakar dengan kepanasan api yang tinggi. Hanya dengan cara demikian segala karat yang tebal itu akan dapat ditanggalkan.

Cara yang dianggap lebih berkesan untuk menanggalkan karat di hati ialah dengan ziarah kubur, ia dilakukan bagi memberi peluang untuk berfikir secara serius, bahawa di sebalik kubur itu terdapat banyak peristiwa suka duka yang bakal ditempuh oleh setiap insan. Hanya ada dua kemungkinan di alam barzakh itu samada ia menjadi tempat istirehat atau tempat bermulanya siksaan sebelum siksaan sebenar di alam neraka kelak.

Jika mampu, lakukan ziarah kubur itu pada malam hari, kerana suasan malam yang kelam dan hening akan menerbitkan berbagai-bagai perasaan takut, ngeri dan insaf. Andainya berkunjung diwaktu siang, sebaiknya lakukan seorang diri supaya dapat memberi tumpuan dan merenung terhadap persoalan alam kubur yang sering dilupakan oleh manusia.

Renunglah diri, sesungguhnya apabila kelak menjadi penghuni kubur, kita hanya bergantung kepada ganjaran pahala dari amalan yang ikhlas, tetapi juga berharap berharap rahmat dari Allah Taala, kerana segala usha ikhtiar sudah berakhir, yang ada hanyalah tiga perkara. Jika mereka memiliki tiga perkara itu, atau drbshsgisn fsrinya, maka dapatlah dia menaruh harapan. Pertama ialah sedekah jariah, kedua ilmu yang memberi manfaat dan ketiga anak yang soleh yang sentiasa mendoakan ibu bapanya.

Allah swt akan membalas setimpal dengan amalan yang telah kita lakukan, “jaza-an bima kanu ya’ malun”. Jika amalan yang dilakukan berupa kebajikan, maka balasannya adalah kebaika, rahmat dan pengampunan, sebaliknya jika maksuat dan perbuatan keji yang menjadi amalan, maka balasannya setimpal dengan kejahatan yang dilakukan iaitu azab yang amat pedih.

Rasulullah saw memberitahu, sesungguhnya kubur adalah permulaan kepada taman syurga atau kawah azab neraka. Bagi orang yang mendapat rahmat dan pengampunan Allah, iaitu mereka yang sentiasa ingat akan Allah semasa hidupnya, dengan melakukan ketaatan, maka kubur baginya adalah lorong sebuah taman yang dipenuhi kenikmatan dan kerehatan.

Tetapi bagi mereka yang melupakan Allah Taala semasa hidupnya, hingga dipenuhi kelalaian dan kemaksiatan, maka kubur baginya adalah permulaan lokap azab sebelum azab sebenar di dalam neraka.

Justeru itu, ziarah kubur mempunyai tujuan-tujuan yang tertentu pertamanya ialah untuk mencari keredhaan Allah, Islam telah menetapkan bahawa ziarah kubur itu adalah di antara perkara yang disunatkan. Kedua, ialah untuk memperbaiki hati kerana ziarah kubur itu bererti mengingati mati, bagi orang yang sentiasa mengingati mati semestinya dia akan berusaha melakukan taat dan menjauhi maksiat dan ketiga ialah untuk mendatangkan manfaat kepada ahli kubut melalui bacaan al-Quran dan doa-doa yang ditujukan kepada mereka.

Walau bagaimanapun, ziarah kubur mesti dengan beradab, antaranya ialah berpakaian serba putih seolah-olah kain kafan. Jangan berjalan atau duduk rehat di dada kubur, kerana kubur bukan tempat rehat. Beri salam dengan ucapan “salamun ‘alaika”, jika tidak menjadi kepayahan eloklah ditanggalkan kasut. Selain itu sekiranya membaca al quran dan doa, hendaklah duduk bertenggong dengan menghadap kea rah matahari terbit, dengan itu seolah-olah sedang berdepan wajah dengan penghuni kubur itu.

Wallahua'alam.


Petikan daripada buku Insan, Ingatlah! hasil karya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,
bab 6 m/s 28-m/s 32

ILMU.....
















"ilmu yang tidak digunakan atau tidak ingin
dikongsikan bersama adalah merupakan ilmu
yang tidak berguna....."

selamat jalan mimi....

11.58pm/08.10.09/khamis...
seekor lagi makhluk Allah yang aku sayang telah pergi meninggalkanku..setelah diserang
dan digigit oleh anjing2 liar lagi samseng...
Ya Allah..redakanlah kesedihanku....selamat jalan mimi...amanlah bersama anak2mu..
aku akan selalu merindumu...

chubby ku sayang...


08/10/09-KHAMIS=Chubby menyusul pergi...

chubby.... rasa sunyi sekali.. tidak ada lagi bunyi suara2 kecilmu..
tidak ada lagi tubuh kecilmu menungguku di pintu bila balik dari sekolah...
tidak ada lagi suara nyaringmu tanpa henti minta makanan...
eee..terasa sunyi sekali...
tapi..inilah hakikat kehidupan..sunnatullah yang tidak boleh dipertikai...
yang hidup pasti akan mati....

i will always miss u..
moga Allah pertemukan kita di akhirat sana..Amin...

Selamat Jalan teman2 ku.....


07/10/09-RABU=yuyu mati..
08/10/09-KHAMIS=nunu mati..

Nunu...Yuyu....
Maapkan saya .... kerana tidak dapat menjaga kalian dengan baik ....
saya saayaang sangat2 ngan yuyu..nunu..
moga kita jumpa lagi di SANA....

TANDA2 TAUBAT DITERIMA ALLAH



Seorang ahli hikmah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak? Maka jawabnya, ini adalah urusan Allah,kita tidak berupaya menentukannya,...tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu:

1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih daripada mendekati mereka-mereka yang fasik.

3. Bila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.

4. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikit pun dia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.

5. Sungguhpun sedikit rezeki yang dia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.

6. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.

Sama-samalah kita memperbanyak lafaz istighfar memohon keampunan kepada Allah yang Maha Pengampun. Semoga dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, kita semua akan tergolong di dalam golongan mereka yang mendapat maghfirah Allah ta'ala.Insya Allah.

senyum pun kena bertempat?


Kita selalu dengar. Senyum itu sedekah, senyum umpama suria menerangi alam. Senyum pengubat hati duka, penyeri dalam perhubungan. Senyum bisa menyejukkan hati lawan. Senyumlah ketika hati mahu menangis, senyumlah walau hati merintih hiba. Senyum itu penawar. Senyum itu indah. Senyum itu menawan.

Saya juga suka senyum, sentiasa tersenyum, kate orang, rahsia awet muda, haha.. Namun begitu, saya ada kisah tersendiri di sebalik senyuman ini yang ingin saya kongsikan, seterusnya terserah kepada anda untuk menilai.

Suatu petang yang damai, namun hati saya gundah gulana. Saya di panggil ke bilik Penasihat Akedemik (PA) yang baru di lantik menggantikan PA lama yang telah berpindah universiti. Bagi melaksanakan tanggungjawab yang baru dipikulnya, beliau begitu mengambil berat dengan keputusan akedemik pelajar-pelajarnya. Saya tidak terkecuali. Saya antara pelajar yang mendapat keputusan CGPA yang tidak memuaskan. Keputusan akedemik saya merosot dari semester ke semester. Waktu itu saya di tahun tiga pengajian. Saya juga sudah tiada hati ingin meneruskan pengajian di UTM, tawar, kosong. Terlalu banyak kekecewaan demi kekecewaan. Barangkali. Hati saya sudah tiada di situ. Saya sentiasa mendapat A dalam peperiksaan, tetapi di UTM, saya kenal perkataan baru dalam hidup. GAGAL. Saya benci kegagalan, saya sukar menerima kegagalan. Saya ingin pergi dari UTM, saya tidak mahu terus kekal di UTM.

"Saya takkan lepaskan awak keluar dari UTM, walau apa pun, saya mahu awak tamatkan pengajian di sini"

Beliau memutuskan kata. Saya masih lagi duduk di hadapannya. Waktu itu saya telah mengisi borang permohonan ke Universiti lain. Saya mahu berpindah universiti, keluar dari UTM. Dan saya telah mendapat tawaran ke Uitm Lendu, Melaka. Suatu kerja gila! Mensia-siakan 3 tahun di UTM dalam jurusan yang menjanjikan masa depan yang cerah. Saya sendiri tidak tahu apa yang sedang saya fikirkan waktu itu. Mungkin pengaruh 'dia' menguasai pemikiran saya, pendirian saya waktu itu.

Saya masih lagi duduk di situ, di kerusi di hadapan seorang lelaki yang benar-benar mengambil berat terhadap pelajarnya. Saya gelisah. Tidak tahu mahu berkata apa. Sebelum itu, beliau sudah menyoal siasat latar belakang saya, keluarga saya, adik beradik saya dan sebagainya. Jadi beliau juga percaya, saya adalah satu-satunya harapan keluarga. Beliau masih berhujah. Saya serba tak kena. Jarum jam terasa begitu lambat berlalu.

Dan bila beliau bertegas tidak akan mengizinkan saya ke luar dari UTM, saya bagaikan terjerat. Aduh~ harus bagaimana kata diatur? Dan di saat dia sedang 'mensekolahkan' saya, menyatakan apa yang seharusnya diperkatakan, di hadapan beliau, saya senyum, ya, saya senyum....kerana, hanya itu yang mampu saya lakukan waktu itu.

Dan beliau?

Beliau menjadi bertambah marah, mungkin di benaknya, saya tidak bersungguh-sungguh dengan masa depan saya, saya acuh-tak acuh dengan apa yang sedang dia lafazkan, mungkin bagi dia, saya seorang yang suka berfoya-foya, berseronok dan tidak serius..Wallahua'lam.

"Sekarang awak boleh la senyum, bila dua tiga tahun lagi, bila semua dah terlambat, baru awak akan menyesal!" Beliau menegur saya. Dengan tiba-tiba saya terasa senyuman saya waktu itu adalah senyuman yang paling teruk pernah terukir dari bibir saya. Saya serba salah. Harus bagaimana mimik muka saya pada waktu itu? Adakah sepatutnya saya menangis? Atau masamkan muka? Apa yang sepatutnya saya lakukan? Bukan saya tidak serius, bukan saya main-main, bukan saya tidak endah dengan apa yang dibicarakan! Saya risau, saya yang lebih berhak risau kerana ia melibatkan soal masa depan saya, saya juga takut, saya juga keliru.. Jika boleh, saya ingin menangis, tapi menangis di hadapan Tuan adalah bukan pilihan saya. Saya hanya mampu tersenyum, hanya itu yang saya mampu waktu itu, maafkanlah saya. Kerana reaksi saya sebegitu mungkin telah membuat Tuan kecewa dengan saya. Maafkanlah saya.

Saya cuma sekadar tersenyum bila hati ini sedang menangis. Dan mungkin, bagi sesetengah orang, tindakan ini adalah suatu tindakan yang tidak kena pada tempatnya. Maafkanlah saya.

Baru-baru ini, seorang teman sedang berdukacita, kecewa barangkali dengan kegagalan pasukan kegemarannya yang tewas di tangan Barcalona. Sedih, tak puas hati, kecewa barangkali. Hobi saya pula menyakat. Seronok menyimbah racun pada luka si dia. Dan saya juga terfikir, mungkin dengan menyakat, boleh memujuk dia, supaya tidak lagi bersedih, supaya terhibur. Kebetulan waktu itu, teman rapatnya ditimpa musibah, serba salah juga saya dibuatnya. Saya tahu dia dalam kerungsingan, saya ingin memujuk dia, tapi bagaimana?

Lalu saya terfikir, membuat lawak mugkin boleh membuat dia kembali tersenyum, atau ketawa. Jadi saya memulakan langkah. Argh~ Rupanya, bukan saja gagal menghiburkan dia, malah membuat dia lebih serabut barangkali. Keadaan menjadi lebih teruk. Sungguh, akhirnya saya yang serba salah, kecewa sendirian. Mungkin dia beranggapan saya memandang remeh akan segala hal. Mungkin dia beranggapan saya tidak peka dengan kesusahan orang lain. Mungkin dia beranggapan, saya seorang yang pentingkan diri sendiri. Segalanya mungkin. Dan saya kian tersepit.

Saya ingin menghiburkan hatinya, saya cuba membuat dia kembali tersenyum, ceria. Saya tidak mahu dia bersedih, bermasam muka. Saya tak suka dia kalau dia tidak ceria. Tapi, bagi sesetengah orang, tindakan sebegini adalah tidak bersesuaian pada waktunya. Tidak kena tempat, maafkanlah saya.

Jadi, berdasarkan dua situasi tersebut. Sejauh mana kita harus senyum?

Adakah wajar, kita sekadar tersenyum dengan niat bersedekah tatkala pengemis tua datang menghulur sebuah bekas kosong tanpa satu sen syiling sekali pun?

Adakah wajar, kita tersenyum tatkala sang sahabat sedang menangis ditimpa musibah? Hati kita juga menangis tapi kita tidak mahu dia terus menangis.

Adakah wajar, kita tersenyum bila kita di marahi, senyum itu mampu menyejukkan hati namun bagi sesetengah orang ia di salah tafsir, lalu kian memanaskan hatinya yang sedang bergelora.

Harus bagaimana wajah ini di ukir?

Haruskah, kita sentiasa tersenyum. Saya suka tersenyum, saya sentiasa positif, walau saya sedang menangis, tapi saya suka tersenyum.

Pernah, suatu masa dulu, saya ditimpa musibah yang terlalu berat, dek iman yang tidak kuat, sendirian saya menangis di dalam bilik. Teruk saya menangis, tapi waktu itu saya terlalu lemah, tidak mampu mengawal diri. Saya menangis bersungguh-sungguh, tanpa sedar, suara tangisan saya di dengari ahli blok yang lain.

Mereka berkumpul, beramai-ramai di hadapan bilik saya. Mengetuk bilik saya berkali-kali. Saya terpinga-pinga. Dari dalam saya menangkap bunyi ramai orang di hadapan pintu bilik saya. Saya berhenti menangis, saya sapu airmata. Ketukan masih tidak berhenti. Saya bingkas lalu membuka pintu. Perkara pertama yang saya lakukan waktu itu adalah senyum, walau mata ini bengkak kesan tangisan. Saya senyum. Mereka bertanyakan masalah saya. Kenapa saya menangis? Saya masih tersenyum, lalu geleng-gelengkan kepala. Dalam senyum saya menjawab..

"Saya Ok, takde apa-apa..."

Setelah berpuas hati dengan keadaan saya, mereka pergi meninggalkan saya. Saya menutup kembali pintu bilik. Ya... bukan dusta, saya sentiasa tersenyum dalam tangisan, who cares? i dont care.. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Wallahua'alam.

=story 4rm ukhti Aniza

Ampunkan Kami Ya Allah..


click to create your own

BERAK BERJEMAAH?



AL-KISAH CERITA DR USTAZ PAMIEZ....

terberak2 aku tergelak tengok keadaan bilik ayor sebuah restoran kat terengganu nih.. restoran bleh tahan agak high class jugaklah.. dengan aircond dan meja2 serta pelayan2 vip.. tapi bila masuk jamban die.. teruja excited dan terharu aku tergelak sambil nanes2 mengakibatkan aku rasa nak terberak dan2 tu jugak.. hahaha..


"os.. cuba tengok ni.." aku memanggil os sambil menolak daun pintu jamban tersebut

"errrkk.. apa ituuu.. hahahah" os pun turut teruja

"jom berak same2 nak? hahaha" pelawa aku sambil terus mengekek

"hahaha.. tak ndak aku.. ko pegi jelah tadi nak sangat berak.. ko jangan pindah2 pulak masa tengah berak kang.. hahahahaha.." pekerja2 kedai dah mula mengintai2 apekehe budak2 ni duk mengekek kat dalam jamban.. belum lagi sampai dekat jamban dorang dah tau dah ape yang kitorang gelakkan sambil dorang pon join sekaki gelak..

"takde la.. mana bole pindah2 sesukahati.. mesti ada giliran.. aku bahagikan kasih sayang sama rata la.. seketul buh sini.. seketul buh situ.. hahahahaha"

"jom kita kempen kat kawan2 yang lain datang melawat kawasan jamban ni.. bole jadik kawasan pelancongan nih.. hahahaha"

Busuk Punya Kes...


jam menunjukkan hampir pukul 2pagi.. syamama yang baru saja memesej aku tak berapa lama tadik untuk ajak kuar moreh kat gulam rasul yang ade wifi free kat situ.. [moreh pukul 2 pagi?] makanya dimalam jumaat yang mulia ini aku dengan perut kosong ni pun menerima pelawaan beliau..

setelah tiba di sini makanya kami pun mengoder roti canai kosong ngan kuah dal sambil melayan wifi.. setelah itu syamama dengan secara tetibe membuka emel beliau lalu menyuruh aku membaca sebuah cerita yang agak bongok ni.. maka dengan sukahatinya aku pun mengaploadkan citer tu kat sini untuk dikongsi bersama korang sume.. roti canai pun bertambah oder jadik sorang 2 keping.. [biasanya aku sorang makan 3..]

alkesah maka tersebutlah kesah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu...ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus..

lepas tu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang..maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan

Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yan g menutup mataku.Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi...

Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni..

Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu..lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... pehhhhh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa
bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang..

Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!!HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni..Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong...

ALAMAK!!!

Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku..

"dah lama ke pak sampai?"

Dan pak mertua aku pun jawab:

"dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!"

hahahahahaha.. takleh blah punye citer.. memang busuk punya kes..
apepun selamat berqiyamullail.. :)

cite dari akhi :
Al-Faqir Ilallah Muhammad Fahmi Bin Mohamed Amin Bin Nasri Bin Ismail Al-Banjari Al-Azhari

Ilmu Allah




Hari ini...sudah 10 hari kita berpuasa,al-hamdulillah..
Minggu lalu,adalah minggu saya belajar ilmu baru,
ilmu tentang research metodology in education,
bersama rakan sahabat saya
yang sama-sama berusaha untuk memahaminya..maklumlah
ilmu baru...semoga Allah memberikan saya dan rakan sahabat
yang lain satu kefahaman yag jelas tentang ilmu-ilmuNya ini,Aminn..

KEUTAMAAN BULAN RAMADHAN


1. Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu:
Adalah Rasulullah SAW memberi khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda, "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah mewajibkan kepadamu puasa didalamnya; pada bulan ini pintu-pintu Surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para setan diikat; juga terdapat pada bulan ini malm yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa'." (HR. Ahmad dan An-Nasa'i)


2. Dari Ubadah bin AshShamit, bahwa Rasulullah bersabda:
"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkahan, AIlah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan do'a. Allah melihat berlomba-lombanya kama pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu. Karena orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmatAllah di bulan ini. " (HR.Ath-Thabrani, dan para periwayatnya terpercaya). , Al-Mundziri berkata: "Diriwayatkan olehAn-Nasa'i dan Al-Baihaqi, keduanya ari Abu Qilabah, dari Abu Hurairah, tetapi setahuku dia tidak pemah mendengar darinya."


3. Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, bahwa Rasulullah shallallahu 'alahi wasallam bersabda:
"Umatku pada bulan Ramadhan diberi lima keutamaan yang tidak diberikan kepada umat sebelumnya, yaitu: bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada aroma kesturi, para malaikat memohonkan ampunan bagi mereka sampai mereka berbuka, Allah Azza Wa Jalla setiap hari menghiasi Surga-Nya lalu berfirman (kepada Surga),'Hampir tiba saatnya para hamba-Ku yang shalih dibebaskan dari beban dan derita serta mereka menuju kepadamu, 'pada bulan ini para jin yang jahat diikat sehingga mereka tidak bebas bergerak seperti pada bulan lainnya, dan diberikan kepada ummatku ampunan pada akhir malam. "Beliau ditanya, 'Wahai Rasulullah apakah malam itu Lailatul Qadar' Jawab beliau, 'Tidak. Namun ovang yang beramal tentu dibevi balasannya jika menyelesaikan amalnya.' " (HR. Ahmad)'" Isnad hadits tersebut dha'if, dan di antara bagiannya ada nash-Nash lain yang memperkuatnya

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Jom Lipat Gandakan Amalan Amalan Kita...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

e n a m p e r k a r a




Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghozali bertanya,

1 - Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.


"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )

2 - Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu
Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3 - Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"
Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ( Surah Al A’araaf 179 )


Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .

4 - Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?"

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah"
"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan."

( Surah Al Ahzaab 72 )


Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.

5 - Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

6 - Lantas pertanyaan ke enam adalah, " Apakah yang paling tajam di

dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

JADIKAN AL-QURAN SABAGAI TEMAN

Abu Umamah r.a berkata:"Rasulullah s.a.w telah menganjurkan supaya kami semua memperlajari al-Quran,setelah itu Rasulullah s.a.w memberitahu tentang kelebihan

al-Quran"


Telah bersabda Rasulullah s.a.w:"Belajarlah kamu al-Quran,di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya,yang mana kala itu orang sangat memerlukannya"

Ia akan datang dalam bentuk senindah-indahnya dan ia berkata "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab:"Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Quran:"Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung,dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di siang hari".


Kemudian berkata orang yang pernah membaca al-Quran itu:"Adakah kamu

al-Quran?"lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membacanya mengadap Allah s.w.t.Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kirinya,kemudian diletakkan mahkota di atas kepalanya.


Pada kedua ayah dan ibunya yang muslim,diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda,sehingga keduanya bertanya:"Dari manakah kami beroleh ini semua,padahal amal kami tidak sampai ini"


Lalu dijawab"Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari al-Quran".

Related Posts with Thumbnails