Search This Blog

Terima Kasih Sahabatku...

Sangat sulit mencari sesuatu yang bernama SAHABAT kerana itu bagi siapa pun yang sudah menemukan sesuatu yang bernama Sahabat harap jagalah hubungan itu, teguhkanlah ikatannya jangan sampai terputus tali ikatannya sungguh bersyukur mereka yang telah menemui sesuatu yang bernama Sahabat.

Wahai Sahabat tetaplah menjadi sahabatku, yang sentiasa menasihatiku, yang sentiasa merelakan waktumu untuk mendengarkan keluh kesahku, yang sentiasa memberiku semangat, yang sentiasa menggalakkanku untuk selalu maju dan menjadi yang terbaik, yang sentiasa mengingatkanku disaat aku lalai.

Wahai Sahabat terima kasih atas segala kebaikan akhlaqmu, terima kasih atas segala nasihat-nasihatmu, terima kasih atas segala semangat dan dukungan yang sentiasa kau berikan kepadaku, terima kasih atas segala peringatanmu, terima kasih atas segala waktumu, terima kasih kerana telah mahu menjadikan diri ini sebagai sahabatmu, terima kasih atas segala yang kau berikan untukku, terima kasih untukmu sahabat.

Wahai sahabat kutahu banyak kesalahan yang tanpa kusedari dan tanpa kusengaja telah kulakukan dan kutahu pula banyak kekeliruan yang tanpa sedar telah terlontar dari lisanku yang mungkin tanpa kutahu telah menyinggung dan menyakiti perasaanmu, sahabat kuharap kemaafanmu atas segala kesalahan dan kekeliruan yang telah kuperbuat. Maafkanku Sahabat.........

Wahai Sahabat dimana kau kini, kurindu akan nasihat-nasihatmu, kurindu akan peringatanmu, kurindu akan kehadiranmu disisiku. Sahabat dimanapun kau kini kuharap selalu ada senyum yang menghias di wajahmu, kuharap selalu ada ceria yang sentiasa terpancar diwajahmu, semoga kau bahagia sahabat.

Ya Allah jagalah sahabatku, lindungilah ia dengan perlindunganMu, kuatkanlah pancang kakinya agar selalu teguh berada dijalanMu, kuatkanlah jasadnya dengan segala anugerahMu, kuatkan ruhnya dengan ruhMu, buat ia tersenyum, semangat dan istiqamah dijalanMu, ya Allah izinkanlah kami kelak akan bertemu di surgaMu. Amiin

Terima kasih Sahabat.

♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥

"Friendship...is not something you learn in school. but if you haven't meaning of friendship, you realy haven,t learned anything" (By. Muhammad Ali = Petinju)

"I don't need a friend who changes when I change and who nods when I nod; my shadow does that much better"

♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥

Related Posts with Thumbnails