MEMBAIKI DUNIA MELALUI HATI INDIVIDU
Kerosakan masyarakat hari ini antaranya disebabkan penyakit hati yang sentiasa bersarang di dalam tubuh badan manusia.Antara penyakit hati yang teruk ialah hasad dengki,dendam,iri hati,tamak haloba,memuja wang dan harta benda,pentingkan diri,gila dunia,ego,gila kemasyhuran,gila hiburan dan seks,fahaman tidak bertuhan,penakut,kecewa,merasa hina diri dan sebagainya.
Hati seseorang itu akan mengarahkan anggota panca inderanya untuk bertindak untuk mencapai matlamatnya walaupun terpaksa melampaui batas kemanusiaan dan undang-undang.Yang malangnya jika tindakan itu semata-mata untuk memuaskan hawa nafsunya.
Pokok kepada ubat penyakit hati ini ialah kembali kepada ajaran Allah SWT melalui agama samawi yang diturunkannya.Allah mencipta manusia dan Allah mahu mereka hidup aman dan damai.Berlainan dengan sifat semulajadi malaikat yang sentiasa taat dan patuh kepada Allah SWT.Manusia Allah bekalkan keupayaan untuk bertindak sebagai khalifah di dalam mentadbir muka bumi ini.Manusia mempunyai keupayaan sendiri yang akan menentukan tindakan,kejayaan dan nasib mereka.
Semua agama mahukan hati penganutnya bersih.Semua agama mahukan keamanan.Tetapi manusia sendirilah yang mengingkari ajaran agama mereka.
Proses membaiki hati ini bertersan sehingga hari kiamat.Jika setiap individu itu baik,maka keluarga mereka akan baik dan seterusnya masyarakat mereka akan baik.
Dalam Islam kita dibekalkan dengan ilmu tasawuf atau ilmu akhlak,untuk membaiki hati.Ilmu-ilmu yang dicipta oleh manusia sekalipun boleh membantu membaiki akhlak manusia seperti ilmu moral,sosiologi,psikologi,antrhopologi dan sebagainya kerana semua manusia mahu kembali kepada fitrahnya yang sukakan keamanan dan kedamaian.
oleh:Ustzh Siti Nor Bahyah Mahamood
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment