CIRI WANITA QURRATU 'A'YUN
Ciri Wanita Penenang Jiwa
1. Isteri yang cerdik. Kecerdikan seorang isteri bukan diukur daripada segulung ijazah yang diraih dari universiti atau kolej-kolej tinggi,akan tetapi kecerdikannya terserlah pada sifat mengenali dan memahami keperluan suami semasa suka mahu pun duka.Dia pandai mengambil hati suami dengan perilaku yang manja dan lemah lembut.Tutur katanya yang halus dan berhati-hati agar suami tidak terasa hati.Gurauannya bersahaja sangat menenangkan jiwa.Dia juga bijak mengangkat nilai suami pada pandangan orang lain dan sentiasa bersedia untuk diajak berbual apa saja tanpa rasa jemu.Ada pepatah mengatakan dibelakang seorang lelaki berjaya,ada seorang wanita bernama isteri yang sentiasa mendorong dan meniup semangat juangnya.
2. Suami didahulukan.
Seorang isteri yang solehah dinilai daripada ketaatannya kepada suami dalam apa jua perkara selagi ia tidak melangkaui batasan agama.Kesetiaan kepada suami didahulukan daripada orang lain termasuk ibu dan bapa.Keizinan suami sentiasa diminta agar redanya selalu mengiringi hatta untuk puasa sunat juga isteri perlu meminta izin suami sebagaimana sabda Baginda saw yang bermaksud:'Tidak halal bagi seorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa sedangkan suaminya ada disampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu.'(Riwayat Bukhari,Muslim dan Ahmad Hanbal).
3. Mengurus rumahtangga.
Tanggungjawab seorang isteri yang tidak kurang pentingnya adalah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai tempat untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang menyenangkan.Anak-anak dijaga makan dan pakai,begitu juga suami yang sentiasa dipenuhi keperluan dirinya.Rumah yang bersih,damai dan tenang akan menggembirakan penghuni yang berlindung di dalamnya.Suami mana yang tidak berbunga rasa sebaik menjengah ke dalam rumah isteri menyambut dengan manja,anak-anak riang gembira dan rumah bersih senang dipandang mata.
4. Berhias hanya untuk tatapan suami.
Isteri yang mencintai suami tidak akan membiarkan kecantikannya dilihat apatah lagi dinikmati oleh orang lain..Mata,bibir,tangan,kaki dan seluruh anggota tubuhnya hanya untuk santapan mata suami yang halal baginya.Oleh sebab itu pakaian dan penampilannya dihadapan suami sentiasa dijaga.Pelupuk mata,pipi,dan bibir yang disolekkan dengan warna menaikkan seri wajah hanya digunakan di hadapan suaminya.Akan tetapi ditinggalkan apabila keluar rumah.Aurat hendaklah ditutup rapi.Tidak juga memakai wangi-wangian berlebihan yang boleh dihidu orang lain agar keberkatan dalam rumah tangga tetap terpelihara.
Semoga kita semua berusaha meraih redhaNYa sebagai Qurratu 'ayun dalam hidup seorang suami,amin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment