Search This Blog

Manusia Sering Menolak Hidayah,BAGAIMANA?


Rambut sama hitam,hati lain-lain.Itulah manusia.Ada manusia yang sungguh-sungguh berdoa meminta agar diberikan hidayah.Namun ada juga manusia yang beria-ia menolak hidayah dan langsung tidak berusaha untuk menggapainya.Bagaimana dikatakan menolak hidayah?
Menurut Muhammad Al-Mu'afa,terdapat beberapa perbuatan yang boleh dianggap menolak hidayah,iaitu:
* berpaling daripada hukum Allah swt
* mengelak daripada melakukan ketaatan kepada Allah swt
* berpaling daripada tanda-tanda kekuasaan Nya serta keesaan Nya
* mengelak daripada membelanjakan wang di jalan Allah swt
* tidak suka berzikir menyebut nama Allah swt
* lalai daripada mengingat akhirat.
* tidak membaca al-Qur'an dan merenungi isi kandungannya apatah lagi
mengamalkan ajarannya
* tidak bersyukur dengan nikmat dan sebarang kurniaan yang telah diberikan Allah
swt kepadanya
* terlalu mengikut hawa nafsu
* mudah terpesona dengan godaan syaitan dan tipu dayanya
* memekakkan telinga daripada mendengar peringatan-peringatan
Janganlah kita tergolong dalam golongan yang melakukan dosa besar kerana menolak hidayah Allah swt...Aminn..

No comments:

Related Posts with Thumbnails