Search This Blog

:: RAMADHAN : HADIRNYA DIRINDUI..PERGINYA DITANGISI ::


TANDA MALAM LAILATUL QADAR



01. Udara dan angin sekitar terasa tenang. Sebagaimana dari Ibnu Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,



“Lailatul qadar adalah malam yang penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan.” (HR. Ath Thoyalisi. Haytsami mengatakan periwayatnya adalah tsiqoh /terpercaya)



02. Malaikat menurunkan ketenangan sehingga manusia merasakan ketenangan tersebut dan merasakan kelezatan dalam beribadah, yang tidak didapatkan pada hari-hari yang lain.


03. Manusia dapat melihat malam ini dalam mimpinya sebagaimana terjadi pada sebagian sahabat.


04. Matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan jernih, tidak ada sinar. Dari Abi bin Ka’ab bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang ertinya,



”Shubuh hari dari malam lailatul qadar matahari terbit tanpa sinar, seolah-olah mirip bejana hingga matahari itu naik.” (HR. Muslim) (Lihat Shohih Fiqh Sunnah II/149-150)

........sujudlah.....


Bacaan Sujud Tilawah, Sujud Sahwi, & Sujud Syukur


  • SUJUD TILAWAH
Sujud tilawah yaitu sujud karena membaca atau mendengar ayat-ayat Al-Qur'an tertentu, yakni yang dinamakan ayat-ayat sajadah. Bacaan sujud tilawah:

سَجَدَ وَجْهِى لِلَّذِى خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ تَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ

“Sajada wajhi lilladzi kholaqohu, wa showwarohu, wa syaqqo sam’ahu, wa bashorohu. Tabarakallahu ahsanul kholiqiin.”

Ertinya:
"Wajahku bersujud kepada Penciptanya, yang Membentuknya, yang Membentuk pendengaran dan penglihatannya. Maha Suci Allah Sebaik-baik Pencipta."


  • SUJUD SAHWI
Sujud sahwi iaitu sujud yang dilakukan orang yang solat, sebanyak dua kali untuk menutup kekurangan yang terjadi dalam pelaksanaan solat, baik kekurangan raka'at, kelebihan raka'at, atau kerana ragu-ragu yang disebabkan kerana lupa. Bacaan sujud sahwi:

سبحان الذي لا ينام ولا يسهو

"Subhaa nalladzi laa yanaa mu wa laa yas hu"

Ertinya:
“Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa.”



  • SUJUD SYUKUR
Sujud syukur iaitu sujud yang dilakukan kerana kita menerima kenikmatan atau mendengar berita yang menggembirakan. Bacaan sujud syukur:

سُبْحَانَكَ اَللَّهُمَّ اَنْتَ رَبِّي حَقَّا حَقَّا، سَجَدْتُ لَكَ يَارَبِّ تَعَبُّدًا وَرِقًّا. اَللَّهُمَّ اِنَّ عَمَلِي ضَعِيْفٌ فَضَاعِفْ لِي.
 اَللَّهُمَّ قِنِي عَذَابَكَ يَوْمَ تُبْعَثُ عِبَادُكَ وَتُبْ عَلَيَّ اِنَّكَ اَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ.

"Subhânakallâhumma Anta Rabbî haq-qan haqqâ, sajadtu laka yâ Rabbî ta-’abbudan wa riqqâ. Allâhumma inna ‘amalî dha’îfun fadha’i lî. Allâhumma qinî ‘adzâbaka yawma tub’atsu ‘ibâduka wa tub ‘alayya innaka Antat tawwâbur Rahîm."

Ertinya:
"Maha Suci Engkau. Ya Allah, Engkaulah Tuhaku yang sebenarnya, aku sujud kepada-Mu ya Rabbi sebagai pengabdian dan penghambaan. Ya Allah, sungguh amalku lemah, maka lipat gandakan pahalanya bagiku. Ya Allah, selamatkan aku dari siksa-Mu pada hari hamba-hamba-Mu dibangkitkan, terimalah taubatku, sesunguhnya Engkau Maha Menerima taubat dan Maha Penyayang."

doaku d bulan Ramadhan

 
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Hari Pertama
"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."

Hari Kedua
"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih"

Hari Ketiga
"Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan."

Hari Keempat
"Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat."

Hari Kelima
"Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih"

Hari Keenam
"Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan."

Hari Ketujuh
"Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat."

Hari Kelapan
"Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap."

Hari Kesembilan
"Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu."

Hari Kesepuluh
"Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon."

Hari Kesebelas
"Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan."

Hari Kedua Belas
"Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut."

Hari Ketiga Belas
"Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin."

Hari Keempat Belas
"Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin."

Hari Kelima Belas
"Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut."

Hari Keenam Belas
"Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam."

Hari Ketujuh Belas
"Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci."

Hari Kelapan Belas
"Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak."


Hari Kesembilan Belas
"Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran."

Hari Kedua Puluh
"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman."

Hari Kedua Puluh Satu
"Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta."

Hari Kedua Puluh Dua
"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan."

Hari Kedua Puluh Tiga
"Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa."

Hari Kedua Puluh Empat
"Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta."

Hari Kedua Puluh Lima
"Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi."

Hari Kedua Puluh Enam
"Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar."

Hari Kedua Puluh Tujuh
"Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh."

Hari Kedua Puluh Lapan
"Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.

Hari Kedua Puluh Sembilan
Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman..

.....mlm ini...

~..mlm ni mlm buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dgn buku catatan yg baru..moga Allah menerima amalan2 kita semua..dan tingkatkan muhasabah diri..betulkan navigasi & kiblat diri...moga buku catatan amalan baru kita nanti akan lebih baik & lebih berkualiti..aminn ~
                                                                                                                ...slm nisfu syaaban 1432H

Dr Rohaya Mohamed : Isteri kena layan suami macam pelacur.. | sozcyili

 Dr Rohaya Mohamed : Isteri kena layan suami macam pelacur..

KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama


kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.

“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.

Nasihat doktor neh bagus. Tapi penggunaan ayat doktor neh kurang bagus. Malahan cara doktor neh asyik menyalahkan kaum wanita juga kurang bagus.

1. Layan suami macam pelacur kelas atasan.

Pelacur = dibayar mahal untuk mendapatkan servis pelacuran.

Isteri = percuma. 

Tanggungjawab isteri bukan pada ==> SEKS sahaja. Kena fikir juga tue. Takan balik2 kerja terus nak buka baju ajak main? Anak? Rumah? Masak? Orang gaji buat? Napa lah tak cakap layan suami macam siti khadijah ke? Seronok sikit awak nak baca nasihat macam tue. Tah pape lah..

2. Gejala tidak sihat.

Apahal plak isteri yang kena blame atas seme gejala tidak sihat tue? Doktor neh kan.. betul ke dia perempuan hah? Patutnya ini tanggungjawab bersama, Tak kiralah laki ataupun perempuan. Suami ataupun isteri. Janganlah buat benda neh macam kesalahan pada wanita je beb.

3. Kegagalan rumah tangga.

Ramai yang bercerai faktor utama nya ialah gagal memahami islam. Bila gagal faham islam, maka gagal sabar. Asal gaduh mula cerai. Asal ada masalah sket mula cerai. Doktor2.. ko neh kan.. cukuplah menyalahkan kaum wanita. Kaum wanita bukan maksum. Tapi takan bab2 perceraian pun kaum wanita je kena balon? Patutnya doktor nasihat dorang seme dalami ilmu agama. Bukan ilmu pelacuran. Pelacur takde masak2, layan anak seme2 tue doktor. Pelacur bab2 seks je dorang expert. Tolonglah jangan cuba2 nak menyamakan 

isteri = pelacur.

Doktor neh kan nak bagi nasihat, aku faham. Tapi kalau point2 je cuma highlightkan macam isteri je salah pun tak boleh gak. Patutnya dia kenalah adil. Kalau isteri tak pandai layan, suami bimbing. Yang suami gatal2 nak cari pelacur apahal lak. Pastu isteri pula kena blame. Tah pape aku rasa.



Sozcyili : isteri bukan pelacur


petikan :http://sozcyili.blogspot.com/2011/06/dr-rohaya-mohamed-isteri-kena-layan.html

Sebelum Terlena..Moga Bahagia Untuk ku....

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan
dia akan mejadi teman menapaki hidup
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan diantara kami
Agar kemesraan itu abadi
Dan ya Allah… ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan…
…Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku

Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya

Dan ya Allah yang tercinta…
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya….

Ya Allah ya Tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Karena Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini

Ya Allah…
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini

Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini maupun di akhirat

Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau ridhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh
Aminnnn Ya Rahman Ya Rahim..

~ BILA MAU KAWEN?????~

 
"Bila nak kahwin?"

"Bila nak kahwin?"

"Bila nak kahwin?" ......... Soalan cepumas...

Letih juga kan bila selalu ditanya soalan yang serupa. Kawan saya ada bercerita. Kakaknya kini berusia awal 30-an selalu mengelak untuk balik kampung, apatah lagi menghadiri majlis kenduri kendara kerana 'muak' diasak dengan soalan yang sama...
"Apakah mereka sedikit pun tidak ingin mahu mengerti??"

Entahlah..

Mari kita cuba untuk buat 'mereka' mengerti.

Pertama sekali - kepada yang bertanya dan yang ditanya, cubalah untuk faham. Tiada seorang manusia pun yang saja-saja tidak mahu bernikah tanpa sebab. Bukankah Allah telah berfirman, Dia ciptakan semuanya berpasang-pasangan. Jantan dengan betina. Adam dengan hawa. Ini adalah fitrah!

Cuba kita selami. 

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan seseorang lelaki atau wanita belum berkahwin/tidak bertemu jodoh - setelah mencapai usia yang wajar atau sesuai untuk berkahwin. 

i) Trauma / Fobia
Trauma dan fobia ini berpunca daripada beberapa sebab. Antaranya mungkin kerana perceraian ibubapa atau orang yang rapat. Melihat dan melalui sendiri pengalaman buruk akibat daripada kegagalan sesebuah pernikahan. Sebab lain fobia dan trauma adalah mungkin kerana pernah gagal dalam percintaan. Biasanya, orang sukar melupai cinta pertama. Dan biasanya juga. Makin dalam kita mencintai, makin dalam luka dan pedih yang tercipta bilamana percintaan yg dipupuk itu mencapai titik akhir. Sering dibayangi masa lampau yang pelbagai - membuatkan seseorang itu takut dan fobia untuk menerima kehadiran insan baru sebagai pasangan hidup.

ii) Tidak mahu terikat dengan komitmen.
Lebih suka hidup sendirian - lebih bebas untuk ke mana sahaja tanpa perlu bergantung kepada sesiapa. Tanpa perlu meminta izin, 'membuat laporan' setiap kali ingin keluar rumah dan sebagainya.

iii) Terlalu setia.
Ada orang sanggup membujang sampai mati bila 'sidia' yang dipuja, yang diimpikan sebagai pasangan hidup tidak membalas cinta. Setia menanti biarpun seribu tahun. Tak kahwin pun tak apa selagi cinta tidak bersatu. Ada orang yang terikat pada janji - kononnya si dia telah berjanji untuk sehidup semati - maka setialah dia menunggu sedangkan si pujaan hati menghilang entah ke mana. Ada juga yang terlalu percaya pada mimpi - kononnya firasat hati yang kuat bahawa si dia adalah jodoh yang terbaik. Menanti dan terus menanti. Entah sampai bila.

iv) Terlalu banyak rahsia.
Ada orang yang mengelak untuk berkahwin kerana perjalanan hidup yang penuh onak dan duri. Mempunyai masa silam yang 'hitam' dan tidak bersedia untuk membongkar kisah lalu. Tidak sanggup untuk berkongsi kenangan 'hitam' dengan bakal pasangan. Takut untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan yang akan terjadi sekiranya rahsia masa lampau terbongkar.

v) Cita-cita mengatasi cinta.
Terlalu bercita-cita tinggi. Sibuk dan tiada masa untuk memikirkan urusan soal nikah kahwin. Bimbang sekiranya bila berkahwin, pasangan akan menjadi penghalang untuk mencapai cita-cita. Cita-cita mungkin keinginan untuk menjadi seorang yang berjaya dalam kerjaya, berjawatan tinggi, berpangkat besar atau bergaji tinggi. Cita-cita mungkin ingin merantau ke seluruh dunia. Cita-cita mungkin ingin menjadi seorang pendakwah - yang mengajak ummah ke arah kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Cita-cita mungkin ingin menjadi anak yang soleh dan taat hanya kepada ibu-bapa dan keluarga.

vi) Survivor. Boleh hidup tanpa lelaki/wanita
Single is simple. Double is trouble. :D
 
vii) Rendah diri.
Perasaan rendah diri ini hadir juga kerana beberapa sebab. Antaranya, mungkin kerana kecacatan samada cacat kekal atau cacat sementara. Seterusnya, perasaan rendah diri hadir kerana seseorang itu mempunyai penyakit samada penyakit atau mungkin mandul. Berasa kurang keyakinan diri kerana tidak berilmu, tidak berpendidikan tinggi, tidak mempunyai sumber pendapatan yang lumayan, miskin, tidak cantik, tidak putih gebu, tidak tinggi lampai. Juga berasa kurang keyakinan diri kerana latar belakang keluarga yang tidak berapa baik, contohnya keluarga yang bercerai berai atau mempunyai ahli keluarga yang menagih dadah dan sebagainya.

viii) Terlalu memilih.
Ada orang, menangguhkan pernikahannya kerana masih mencari dan mencari dan mencari. Menunggu bidadari dari kayangan. Mungkin!

viiii) Ingin jadi yang terbaik
Ada juga yang menangguhkan pernikahan kerana berasakan masih belum bersedia untuk melangkah ke alam baru. Kononnya ingin persiapkan diri sebaik yang mungkin sebelum bergelar isteri. Mahu belajar masak, menjahit, menghafal Quran, mengumpul wang berjuta-juta, memiliki rumah banglo sepuluh tingkat dan sebagainya terlebih dulu. Kot.

x) Keluarga yang cerewet
Ada juga yang tak nikah-nikah sebab emak dan ayahnya cerewet. Serba tak kena dengan calon menantu. Meletakkan syarat yang bukan-bukan, wang hantaran yang tinggi dan sebagainya. Ada juga keluarga yang mementingkan darjat dan darah keturunan. Contohnya, kalau Syed harus bernikah dengan Syarifah. Dan ada juga ibu bapa yang sengaja menangguhkan pernikahan anak2 mereka kerana tidak mahu berkongsi kasih dengan bakal menantu. Bimbang anak akan mengabaikan mereka setelah menjadi isteri/suami orang.

xi) Gaya hidup yang terlalu bebas.
Tak kahwin pun tak apa! Bebas untuk memuaskan nafsu dengan sesiapa. Petik jari saja. Anytime! Anywhere!

xii) Perangai tidak disenangi
Ada orang, jodohnya lambat kerana sikapnya sendiri yang merimaskan orang lain. Contohnya terlalu cerewet, suka merungut, panas baran, kuat cemburu dan sebagainya. Orang tak betah duduk lama dengannya, apatah lagi hidup sebumbung hingga ke akhir hayat (bernikah)

xiii) Tidak menjaga penampilan diri.
Comot. Tak mandi. Tak gosok gigi.

xiii) Sihir
Pernah tengok tv, kalau tak silap, "semanis kurma" ada membicarakan isu ini. Ada orang, tidak bertemu jodoh kerana disihir. Maaf. Saya kurang arif bab ini. Boleh rujuk kepada ustaz.

Last but not least.

Tiada medium untuk mencari pasangan
Contohnya, ibu bapa tidak memainkan peranan untuk mencarikan calon suami/isteri untuk anak-anak. Contoh lain, lebih gemar memerap di rumah dan tidak suka bergaul dengan orang juga merupakan antara faktor penyebab kenapa jodoh lambat.

Okeh, demikian, antara beberapa faktor - penyebab kenapa seseorang itu masih belum bernikah atau masih belum bertemu jodoh. Jadi, sekiranya anda bertemu dengan mereka yang belum bernikah, sebelum bertanya soalan 'cepu emas'- eloklah di 'refresh' kesemua faktor-faktor di atas dan silalah pilih salah satu daripadanya - tanpa perlu meneruskan soalan. Ini mungkin dapat menjimatkan air liur anda dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan si dia yang masih belum berumah tangga.

Dan, kepada sesiapa yang masih belum berumahtangga, boleh juga menghafal kesemua faktor di atas. Jika mahu, boleh juga print 'skema jawapan' tersebut - mudah nanti bila ada yang bertanya. Tak perlu cakap apa. Cuma perlu memberi skema jawapan kepada si dia yang bertanya. Mudah! Kan? Hehe.
-ukht Asniza-

.::jangan putus asa::.


Tidak ada insan suci yang 
tidak mempunyai masa lampau...
dan tidak ada manusia yang berdosa 
tidak mempunyai masa depan...

Selamat Hari Guru


Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri

~ SAHABAT ~


SAHABAT YANG BAIK ADALAH ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN
KATA-KATA.

aku hanya wanita biasa

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..

Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak.. 

Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja  berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu.. 

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. 

Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak  kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku.. 

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak sesabar  Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku.. 

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi.. 

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya. 

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku.. 

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu.. 

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa.. 
NURJANNAHJANNAH57

PERUTUSAN MAULIDUR RASUL 1432 HIJRAH



Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan kita keizinan untuk terus berada di dalam bulan Rabiul Awwal untuk tahun ini. Rabiul Awwal sebagaimana yang kita maklum merupakan bulan di mana umat Islam khususnya di Malaysia menyambut hari kelahiran baginda Rasulullah SAW. Sekalipun seringkali saya ulangi, peristiwa kelahiran baginda Rasulullah SAW tidaklah sebesar peristiwa perlantikan baginda sebagai rasul kerana kelahiran adalah peristiwa yang berlaku kepada semua manusia. Namun tidaklah dinafikan bahawa pada bulan inilah umat Islam keseluruhannya memperbaharui kecintaan mereka kepada Rasulullah SAW dengan mengadakan majlis-majlis maulud di sana sini khususnya di negara ini.
Sehubungan dengan itu, sukalah saya mencadangkan agar pengisian Maulidur Rasul pada tahun ini menumpukan kepada isu-isu semasa yang sedang berlaku di sekitar umat Islam pada hari ini. Topik-topik semasa ini perlu diketengahkan memandangkan al-Quran sendiri yang merupakan sumber hokum di dalam Islam diturunkan selama 23 tahun. Tujuan penurunan al-Quran selama 23 tahun ini tidak lain hanyalah bertujuan untuk menyesuaikan penurunan ayat-ayatnya dengan senario semasa yang sedang berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW.
Kedua, para penceramah perlulah mengingatkan masyarakat umat Islam bahawa dunia ini milik Allah SWT. Setinggi manapun pangkat yang kita miliki, kita hanyalah penumpang di bumi Allah SWT. Sebagaimana kita menumpang di rumah orang lain, kita tidak bebas melakukan perkara yang kita ingini jika tidak dengan persetujuan tuan rumah. Di bumi ini, kita hanya boleh melakukan perkara yang dikehendaki oleh Tuan Punya bumi iaitu Allah SWT. Justeru, tidak ada kuasa yang akan kekal selama-lamanya melainkan kuasa Allah. Di Mesir dan Tunisia, kita baru menyaksikan kebangkitan besar-besaran rakyat menentang kuasa rejim yang berkuasa begitu lama menunjukkan bahawa setiap penguasa pasti akan menemui saat di mana kuasa mereka akan diambil balik oleh Allah SWT.
Ketiga, saya berharap agar ditonjolkan kehebatan Rasulullah SAW sebagai pentadbir negara. Baginda mentadbir negara
Islam Madinah dengan mengutamakan pembersihan kalbu terlebih dahulu. Sebagai seorang ahli politik yang dipandu oleh Allah SWT, baginda tidak meletakkan agenda pembangunan fizikal sebagai agenda utama sehingga mengenepikan pembangunan rohani. Justeru, kita boleh menyaksikan bagaimana sepanjang 10 tahun baginda menjadi ketua negara Islam Madinah, hanya sebuah sahaja bangunan yang didirikan iaitu masjid baginda sendiri. Ini kerana, baginda membangunkan hati dan roh. Lahirlah generasi sahabat yang hebat hasil dari tarbiyyah dan asuhan baginda. Melalui asuhan inilah, manusia mengenali halal, haram, dosa, pahala, syurga dan neraka. Hakikatnya, pembangunan modal insan yang kini disebut-sebut semula oleh sebahagian daripada kalangan kita telah lama disebut oleh Allah SWT yang bermaksud :
“Bacalah dengan (menyebut) nama tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. Ketahuilah, sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, apabila dia merasakan dirinya cukup (sebagai satu penyakit qalbu). Sekali-kali tidak, (penawarnya ialah meyakini) sesungguhnya kamu akan kembali kepada tuhanmu. – Surah al-Alaq, ayat 1-7.
Perhatikanlah ayat-ayat di atas yang mengulangi perkataan al-insan yang bermaksud manusia sebanyak tiga kali. Inilah aspek yang perlu diberikan keutamaan pada hari ini. Apabila pembangunan insan dilaksanakan mengikut acuan Islam, tidak akan berlaku lagi budaya khianat, pecah amanah, salah guna kuasa dan sebagainya di kalangan rakyat termasuklah pemimpin. Masyarakat pula khususnya remaja yang terdidik dengan rasa takut terhadap azab Allah SWT akan menjauhi pergaulan bebas, zina, sumbang mahram, buang bayi dan sebagainya. Sekalipun perbuatan-perbuatan dosa ini tidak diketahui oleh manusia, ia tetap dihitung oleh Allah SWT. Inilah kejayaan asuhan Rasulullah SAW dan ini terbukti apabila pernah seorang wanita datang kepada baginda mengaku bahawa dirinya telah berzina serta memohon untuk dihukum hudud dengan segera ekoran ketakutannya menghadapi azab Allah SWT di akhirat kelak. Agenda pembersihan kalbu seperti inilah yang langsung tidak ada di dalam sistem sekular. Sekular yang hanya mengutamakan pembangunan fizikal semata-mata pastinya tidak akan berbicara walaupun sepatah mengenai pembersihan kalbu.
Keempat, perlulah diingatkan bahawa Islam datang selari dengan fitrah manusia. Maulidur Rasul ini perlulah dijadikan satu kesempatan untuk menonjolkan kebaikan Islam kepada non muslim khususnya bukan hanya melalui perarakan besar-besaran sahaja tetapi juga melalui nilai-nilai Islam yang bersesuaian dengan fitrah semulajadi manusia. Islam melarang perkara-perkara munkar yang sememangnya tidak diterima oleh fitrah manusia. Mencuri, merompak, berzina, rasuah, pecah amanah, khianat dan semua perkara yang dilarang oleh Islam hakikatnya juga tidak diterima oleh fitrah manusia. Demikianlah juga perkara-perkara makruf yang digalakkan oleh Islam juga pada hakikatnya diakui oleh fitrah manusia sebagai perkara-perkara yang baik.
Akhir kata, saya mengharapkan sambutan Maulidur-rasul pada kali ini benar-benar memberikan manfaat untuk semua khususnya di dalam meningkatkan kefahaman kita kepada Islam yang syamil (komprehensif) yang dibawa oleh baginda Rasulullah SAW.
Sekian.
YANG AMAT BERHORMAT DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Bertarikh : 7 Rabiul Awwal 1432 bersamaan 10 Februari 2011

aku milik Tuhanku

Bagaimana belas kasih ku kan pudar,
Sedang amanah itu azimat hidupku
Dan tiada kehidupan tanpa roh iman & takwa
Hilang syurga, tanpa keinsafanmu.
Diriku terpagar syari’at Tuhan, selamanya…
Aku milik Tuhanku
Jangan kau perbuat sesuka hatimu

nurjeehan

~ REZEKI TERBAIK ~

" Katakanlah,sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasinya kepada siapa yang Dia kehendaki antara hamba-hambaNya.Dan apa sahaja yang kamu infakkan,Allah akan menggantikannya dan Dialah pemberi rezeki yang terbaik." 
                                               -surah saba'34:39
Related Posts with Thumbnails